PERANAN TEKNO DAIE DALAM BERDAKWAH DI ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

Masyarakat masa kini tidak dapat dipisahkan dengan teknologi komunikasi maklumat (ICT),termasuklah di Malaysia.Setiap orang pasti mempunyai telefon pintar di tangan masing-masing tidak kira peringkat umur,dari yang berusia satu tahun hingaa lah dewasa masing-masing sibuk dengan telefon pintar di tangan tidak mengira masa,tempat dan acara.Sehinggakan fenomena ini menjadi slot iklan di radio dan juga dalamsatu iklan di televisyen.Dunia tapa sempadan,dunia hanya di jari.Aplikasi seperti intagram,facebook,telegram,twitter,wechat dan aplikasi yang lain menjadi plihan masyarakat untuk berhubung antara satu sama lain.Rangkaian televisyen dan radio juga mudah diakses di mana-mana sahaja.Sehinggakan satu-satu peristiwa menjadi viral di facebook dan juga aplikasi yang lain.Peranan  seorang tekno daie tidak harus terhenti.Tekno daie harus memainkan peranan penting dalam mendakwah masyarakat ketika menggunakan teknologi komunikasi maklumat.

😊PENGENALAN

Masyarakat zaman sekarang memang sinonim dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan mereka.Facebook,twitter,telegram,instagram,whatsapp dan lain-lain menjadi alat perhubungan semasa.Siaran televisyen,radio dan video-video juga senang diakses pada bila-bila masa kerana aplikasi-aplikasi ini terdapat dalam telefon pintar,menjadikan perhubungan hanya dihujung jari.Maklumat juga disebarkan dengan begitu cepat,hanya dalam beberapa saat sahaja boleh menjadi viral.Terkadang,soal agama,nilai,budaya dan sebagainya diketepikan dalam menggunakan ICT ini.Kongsi (share) status dilakukan tanpa menilai dan mengkaji sama ada gambar atau perkara tersebut benar atau palsu sehinggakan ianya menjadi fitna.Komen juga dilontarkan tanpa rasa bersalah terhadap status yang dikongsikan.Trend begini amat membimbangkan,terutamanya ianya dilakukan oleh umat Islam.Yang lebih membmbangkan lagi ialah fitnah yang dilakukan dengan melakukan photoshop ke atas gambar-gambar dan juga mengeluarkan satu-satu kenyataan dan mengatakan kenyataan ini adalah daripada individu itu sedangkan bukan.Teknologi ICT disalahgunakan.

Teknologi ICT bukan sahaja mempunyai kesan-kesan yang negatif tetapi juga positif yang seharusnya pendawah menggunakan untuk berdakwah kepada masyarakat.Pendakwah harus memainkan peranan dalam mendakwah pengguna terutamanya muslim yang menggunakan ICT.Pendakwah yang menggunakan teknologi termasuk ICT untuk berdakwah dikenali sebagai tekno daie.Tekno daie memainkan peranan yagn besar dalam berdakwah kepada para pengguna ICT sebagai mendapat Norkumala iaitu: "Oleh itu manfaat daripada perkembangan teknologi perlu mengharapkan natijah akhirnya adalah pembangunan jiwa ummah.Yang penting pengguna teknologi perlu secara seimbang dan bijaksana".


💬DEFINISI TEKNO DAIE

Tekno daie merupakan pergerakkan dakwah secara berkelompak dan individu.Tekno daie juga sama seperti pendakwah yang menyampaikan dakwah di mana-mana tempat sahaja sebagai contoh di masjid,dewan orang ramai dan sebagainya.Namun tekno daie merupakan pendakwah yang menyampaikan dakwah dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT) seperti laman sosial facebook,instagram,wechat,twitter,telegram dan sebagainya.Tujuan tekno daie menyampaikan dakwah mengikut perkembangan semasa yang mana ramai masyarakat menggunakan teknologi maklumat untuk mendapat maklumat dengan lebih mudah dan lebih cepat.Hal ini dapat memudahkan para tekno daie untuk menyebarkan dan menyampaikan dakwah mereka dengan lebih cepat dan mengikuti perkembangan semasa.Sebagai tekno daie sudah semestinya mempunyai cabaran yang besar salam melaksanakan tugas sebagai tekno daie untuk mnyampaikan dakwah kepada masyarakat.Oleh itu untuk menjadi seorang pendakwah teknologi (tekno daie) perlu memaikan peranan yang penting sebelum menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

👳PERANAN TEKNO DAIE DALAM BERDAKWAH DI ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI.



1.PERLU MEMAHAMI DAKWAH



2.PERLU CELIK ICT

Peranan Tekno daie pada zaman sekarang ialah bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan dakwah tetapi juga pengetahuan tentang Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) atau celik ICT.Ini kerana masayarakat sekarang terutamanya remaja memang menjadikan ICT sebagai ialah satu cara mereka untuk berhubung dan dapat katakan ICT sudah menjadi sebahagian keperlu dalam hidup.

Menurut Norkumala kegagalan para pendakwah mendekatkan diri dan mempelajari teknologi menyebabkan kurang keberkesanan dalam aspek penyampaian serta kefahaman dakwah,sekaligus menjadi asbab kepada kegagalan umat Islam.

Para tekno daie juga seharusnya memiliki blog,akaun facebook,twitter,instagram,telegram dan sebagainya untuk lebih dekat dengan masyarakat.


3.MENDEKATKAN DIRI DENGAN ILMU FIQH AWLAWIYYAT.

  • Tekno daie dicadangkan memulakan perbincangan dengan mengemukakan tasawur Islam secara umum dahulu.
  • Perbincangan yang bersifat umum itu,dikhususkan sebarang isu semasa yang timbul.
  • Tekno daie perlu mendahulukan soal kerohanian berbandingan kebendaan,kualiti berbanding kuantiti,tiga soalan besar semasa seperti hak asasi,demokrasi,keadilan dan seumpamanya mesti diutamakan berbanding soalan-soalan furu' seperti siwak,cara makan,pakaian niqab dan seumpamanya.
  • Perkara-perkara yang disepakati perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara khilaf atau diperselisihkan oleh para ulama seperti sifat dua puluh,talkin mayat dan seumpamanya.

4.PERLU MEMPELAJARI ILMU KOMUNIKASI.

Para  Tekno daie perlu juga mempelajari ilmu komunikasi kerana ilmu ini juga penting kepada dunia dakwah.Disamping mengukuhkan metode dakwah tradisional yang menjadi teras kepada perkembangan dakwah, da'I perlu tampil menguasai ilmu komunikasi,mewarnainya dengan paksa ketauhidan kepada Yang Maha Esa.Perubahan teknologi yang pantas bakal merubah cara hidup dan cara berfkir umat Islam.Justeru itu,sikap proaktif amat perlu dalam menangani isu-isu yag timbul hasil daripada revolusi teknologi komunikasi dan juga dengan kemunculan alaf baru yang ditandai dengan bentuk penjajahan baru dalam bidang ekonomi dan maklumat.


INFORMASI DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

1.INFORMASI ASAS (fundamental information),iaitu informasi yang fiperolehi dari sumber  asa,al-Qur'an dan al-Hadis.Informasi ini termasuklah segala perkara yang berhubung dengan sam'iyyat dan alam ghabaih yang tidak mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat materealistik.Ia adalah asas kepada kesempurnaan hidup manusia dan informasi ini perlu dikuasai oleh setiap Muslim kerana ia asas kepada pembentukan pola pemikiran,kepercayaan,tindakan dan perasaan seseorang.

2.INFORMASI SAITIFIK,iaitu informasi yang diperolehi hasil penelitian dan kajian terhadap fenomena alam dan aktiviti manusia dengan menggunakan metodologi tertentu.Informasi ini penting dan digalakkan oleh Islam.Bagaimanapun perlu diingat bahawa ia tidak sempurna (absolute) kerana kadang-kadang hasil penemuan baru menafikan penemuan sebelumnya.

3.INFORMASI HASIL DARIPADA KONTEKS YANG BERLAKU(contextual information),iaitu informasi sekunder seperti pendapat individu atau tafsiran.Informasi sebegini telah diproses dan dipengaruhi oleh fenomena tertentu dan sering berubah.

Ilmu komunikasi penting untuk dikuasai oleh para tekno daie kerana di dunia ICT sekarang pelbagai teknik komunikasi digunakan dalam berkomunikasi.Terdapat juga 8 slanga baru digunakan oleh remaja masa kini.Tekno daie juga perlu sedar tentang kewujudan slanga-slanga ini dan memahaminya agar mudah untuk berkomunikasi dengan golongan remaja dan mendakwah mereka.



5.PERLU MEMPELAJARI ILMU JIWA/KAUNSELING.


Seseoang tekno daie boleh menggunakan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran melayan,mendapat dan bertindak dalam berdakwah.Kemahiran-kemahiran ini amat baik digunakan dalam berdakwah kerana membantu pendakwah membina hubungan dengan orang yang diseru dan seterusnya setelah kepercayaan terbina dalam hubungan ini dapatlah pendakwah meneroka apa yang menyebabkan seseorang bertingkah laku demikian(Hushim Salleh dan Melati Sumari 2006:86-87)

Ilmu jiwa ata kaunseling ini penting dalam meneliti kebiasaan masyarakat dalam menggunakan ICT.Jadi endekatan dakwah yang sesuai akan digunakan untuk sasaran dakwah apabila kebiasaan ini sudah dikenalpasti.

6.MENDIDIK MASAYARAKAT SUPAYA MENJAGA ADAB DI ALAM MAYA.

Tekno daie perlu memainkan peranan dalam menegur masayarakat ketika mengeluarkan kenyataan  mahupun komen yang berunsurkan negatif dengan menegur cara lembut dan bukan dengan kekerasan.

Dalam satu kenyataan mengenai penganjuran program I want  to touch a dog"Ramai yang marah kepada penganjuran program ini sehinggakan ada yang sanggup memaki dan menghina penganjur dan mereka yang mnyertainya.Sememangnya mereka melakukan kesilapan tetapi tidak bermaksud dibolehkan untuk menghina,mencaci dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak tersebut.Seharusnya dalam memberikan komen,adab juga harus dijaga.

Jadi dalam hal ini tekno daie memainkan peranan penting untuk mendidik dan menegur cara masyarakat ketika memberikan respon mereka terhadap sesuatu isu yang mereka bangkitkan.

7.MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA DAPAT MENAPIS MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI MENGIKUT ACUAN ISLAM.

Peranan tekno daie juga ialah mendidik masyarakat supaya menapis maklumat yang diperolehi mengikut acuan agama Islam.Ini kerana dalam dunia ICT,terdapat juga unsur-unsur de-Islamisasi berlaku.Sekiranya masyarakat tidak menapis maklumat yang diperolehi,maka mereka akan senang dipengaruhi.Aplikasi teknologi juga embawa ancaman kepada agama kerana terdapt glongan yang akan memanipulasikan untuk kepentingan peribadi.Senarion ini memperlihatkan penggunaan internet memuatkan program yang bercanggah dengan Islam dan Barat yang memerlukan penilaian individu.

Natijahnya,mereka lebih menggunakan program yang berbentuk hiburan khususnya kepada golongan muda.Melalui internet juga wujudnya unsur-unsur negatif yang lain seperti laman web lucah,laman facebook yang memaparkan gambar-gambar yang tidak sesuai dan sebagainya.Jadi,tekno daie harus mendidik masyarakat agar menapis laman-lam web yang tidak memberikan faedah,malahan menambahkan dosa.Begitu juga dengan rancangan telivisyen,radio dan sebagainya.Tekno daie perlu mengajak dan menyeru serta mengajurkan program yang berunsur agama dan mempersembahkan mengikut perubahan semasa.

8.MENDIDIK MASYARAKAT MENGGUNAKAN ICT MENGIKUT ACUAN ISLAM.

Tekno daie juga seharusnya mendidik masyarakat menggunakan teknologi ICT mengikut acuan Islam dan sebagai tempat menyebarkan fitnah,bergosip,melayari laman web lucah,menghentam individu tertentu dan sebagainya.Sebagai contoh,whatsapp dan facebook ialah untuk berkongsi maklumat dan merapatkan serta menyambungkan silaturrahim bukan untuk menabur fitnah,meletak gambar lucah dan sebagainya.

Sebagai tekno daie perlu menasihati masyarakat sekiranya mereka menyalahgunakan teknologi ICT ataupun mnyebarkan perkara yang tidak elok seperti meletakkan gambar yang tidak menutup aurat,menfitnah,menghentam,mengaibkan suami isteri,kawan dan sebagainya serta menyebarkan hadis yang tidak sahih.


9.MENGGUNAKAN PENDEKATAN YANG LEMBUT DAN BUKAN KEKERASAN.

Tekno daie perlu menggunakan pendekatan yang lembut untuk mendekatkan diri dengan masyarakat untuk menegur dan menasihati mereka kerana jika menggunakan kekerasan akan menjadikan masyarakat lebih memberontak dan tidak menerima teguran yang dilakukan.Hal ini kerana sebagai seorang pendakwah perlu menunjukkan sikap yang baik dan tingkah laku yang sopan agar masyarakat lebih mempercayai dan lebih mudah menerima.

Selain itu pendekatan penggunaan kekerasan dalam konteks di Malaysia adalah suatu yang tidak relevan,malah bertentangan dengan kehendak syariat Islam dan mengakibatkan umat Islam mnghadapi risiko yang tinggi.Tekno daie perlu menyemaikan amalan syura dalam dirinya.Dan tidak berpedapat bahawa pandangannnya yang paling betul dan tepat tanpa menghormati pendapat orang lain.

Tekno daie perlu berdakwah sebagaimana firman Allah dalam surah am-Nahl ayat 125,iaitu berdakwah dengan hikmah,nasihat yang baik dan berdebat dengan baik:

125.Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)Dengan hikmat kebijaksaan dan naasihat pengajaran Yang baik,dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu)Dengan cara yang lebih baik:sesungguhnya Tuhanmy Dia lah jua Yang lebih mengetahui  akan orang Yang sesat dari jalannya,dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hdayah petunjuk.

Sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam menggunakan teknologi seperti menggunakan facebook,whatsapp,telegram untuk tujuan maksiat,fitnah dan sebagainya hendaklah ditegur dengan bijaksana atau secara hikmah dan bukan dengan menghentam dan terus menghukum dengan keras.


KESIMPULAN

Walaupun menghadapi banyak cabaran sebagai tekno daie,namun tugas sebagai tekno daie yang menyampaikan dakwah dan menyeru masyarakat untuk membuat kebaikan seperti yang di perintahkan Allah kepada hambaNya tetap harus diteruskan kerana dunia ini hanya pinjaman dan kita perlu sedar dan bangkit dari mimpi dunia ini.ICT bukan hanya mempunyai kesan negatif,tetapi juga mempunyai kesan positif.Tugas tekno daie adalah berdakwah agar masyarakat menggunakan ICT di jalan kebaikan dan memberi manfaat kepada mereka.Walaupun sukar,namun tekno daie tidak akan menyerah dan akan meneruskan dakwah dengan penuh kesabaran.



Comments

Popular posts from this blog

METODOLOGI DAKWAH DALAM AL- QURAN.

Metodologi Gaya Persembahan Isi Dakwah

Pengenalan Kepada Al Quran